Simbiosis Akal dan Tindakan

Rundingan (Negotiation)

Bengkel ini berpaksi kepada Thomas Schelling dan Kautilya, strategi yang mengajar posisi, seni menawar, dan percaturan kuasa.
Seiring tidak menutup pintu kepada mana-mana rujukan strategi yang bernilai; kami menyaring semuanya dengan satu ukuran: boleh diuji, boleh dipraktikkan.
Matlamat kami membina individu yang pragmatik, berani bertindak, dan mampu menukar idea kepada keputusan—bukan sekadar melontar mimpi kosong.

Fikrah Kritis (Critical Thinking)

Bengkel ini dimulai dengan sandaran idea falsafah—agar akal punya arah dan rujukan. Kemudian kami susuli dengan latihan amali yang nyata, supaya ilmu tidak tinggal di wacana. Tujuannya membantu keputusan harian yang lebih jernih dan tindakan harian yang lebih baik.

Tiga Paksi Utama LogicLab

Paksi dari kata Paksa (sanskrit) dipakai sebagai “tesis/pendirian yang dipertahankan” (dalam wacana debat (vada) sebagai proposisi), dan berpasangan dengan pratipaksa (pihak/tesis lawan). Tiga paksi di bawah menjadi idea utama kewujudan initiatif LogicLab:

Paksi I: Fikrah Kritis (Akal)

Bengkel Pemikiran kritis kami ditegaskan dengan sandaran falsafi yang kukuh, idea, hujah, bukti, dan batas pengetahuan baik dari barat mahupun timur. Akal perlu dipandu, bukan dibiarkan terapung dalam sangkaan. Dididik untuk merujuk rujukan sekunder jika tidak mampu memahami sumber primer. Ini membentuk peserta/ahli mengenal apa pegangan (tesis) mereka dan berani mencabar tesis tersebut atas nama mencari kebenaran bukan sekadar pembenaran. Ini melahirkan insani yang mengamalkan budaya dialektik (berdialog).

Paksi II: Rundingan (Tindakan)

Idea pragmatik diperlukan untuk maju dan keluar dari tempurung ilusi minda. Di sini, idea yang sudah jernih diuji, diambil tindakan, dan dilaksanakan walau langkah kecil—kerana strategi dan rundingan ialah kunci hidup dalam realisme, bukan fantasisme. Maka adalah kebiasaan bagi peserta/ahli di bengkel kami didedahkan dengan aktiviti, simuasi dan ujian ringkas sebagai pengukuhan. Bersiap untuk diaplikasi dalam kehidupan sebenar baik dalam unit keluarga, tempat kerja mahupun sebagai wargamanusiawi.

Paksi III: Simbiosis Akal-Tindakan

Ini kerangka utama LogicLab: ada idea, kemudian berbuat, lalu teruji, diuji atau menguji—dan jika ternyata tersasar, kita berani membetulkan. Pendirian bukan untuk disembah; ia untuk dijadikan kompas, yang sentiasa disemak semula di medan realiti. Di LogicLab, pengetahuan mesti dilengkapi tindakan—kerana akal yang tidak turun ke bumi, mudah menjadi fantasi, dan tindakan yang tanpa akal, mudah menjadi bencana. Maka akal sebagai petunjuk arah, tindakan pula panduan yang mengabsahkan hasil: Akhirnya, kita tidak menutup diri dalam kepastian palsu. Kita bergerak: dari sempit sangkaan kepada luas pengalaman; idea yang kabur kepada keputusan yang terang. Mara ke alam yang lebih luas dengan tesis disiplin dalam berfikir, bertindak, menilai, memperbaiki, dan terus maju lagi.